Sunday, August 28, 2011

Quite simple Iftar :)



Assalamualaikum :)

On 26th,we had an Iftar. "We" supposed to be my whole classmate but then only 5 person attended. Tak apa la mungkin lain hari boleh jumpa kan :)
Plan nak Iftar bersama2 ni dah lama and i am the one who excited giving my suggestion iftar dkt Bangkok Station. Since slalu lalu dekat Jalan Baru tu tpi tak pernah pun noticed ada Bangkok Station di situ. Tau pun dari kwn. Aish. So,semangat la ni nak p mkn dkt Bangkok Station without doing any reservation. haha. Sampai2,akak tu tnya "Ada reserved meja ka?". "Tak la,kami baru sampai nak order." Akak tu laju ja ckp,"Sorry dh fulled." Sedihnya,seronok tak terhingga tgk meja kat situ kosong pdhal penuh dgn org booked. haha.


So,buat plan B last min,going to Jusco sbb nak pg jauh pn jem teruk. Sampai sana cari Ayam Penyet,fully booked. Cari Johnny's plak,fully booked -__-
Last2 Black CAnyon Coffee ja still available. haha. Redah je la dh nak berbuka dh pun.


dishes

mine

mek na's



buddy

okay,gigi kontot -..-






p/s : thnks to mieza,tina,nabila and azad for the iftar. Even it is such a simple but we enjoy it :)

Wednesday, August 24, 2011

sahabat

Assalamualaikum :)

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud)



Saturday, August 13, 2011

Oreo cheese cake






Assalamualaikum :)

Bahan - bahan :

Dutch lady fresh milk 60 ml

Butter 50g


Oreo 2 packets

Cream cheese Philadelphia 250g


Anchor whipping cream 100 ml

Agar-agar powder 1 tbspn + hot water 40ml

Gula halus 2 tbspn


Cara - cara :

Part A

1. Asingkan biskut oreo dgn creamnye.


2. Blend oreo sahaja sehingga hancur dan simpan kan 8 keping oreo untuk topping.

3. Masukkan butter,gaul sehingga sebati.

4. Masukkan dlm bekas dan mampatkan oreo tadi dan masukkan dlm peti sejuk selama 1 jam

Part B

5. Gaul cream cheese dgn gula halus dan susu sehingga tidak berketul.

6. Masukkan agar-agar powder yg dibancuh dgn air panas.

7. Masukkan cream oreo yg diasingkan dan 3 keping oreo yg di blend sehingga halus dan gaul.

8. Tuangkan topping ni ke dlm part A dan susunkan 5 keping oreo yg ditinggalkan tadi diatas part B sebagai topping.

9. Masukkan ke dlm peti ais selama 5 jam.

..dan siap untuk dihidang :)

Friday, August 12, 2011

Janji Allah kepada Orang Soleh


Assalamualaikum :)

" Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Allah berfirman (yang bermaksud): ' Aku menyediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh,yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah didengar oleh telinga,dan tidak terlintas di hati manusia.'" (Musttafaq 'alaih - hadis sahih)

Monday, August 8, 2011

Adam dan Hawa..


Assalamualaikum :)


ADAM...
Manusia pertama Allah ciptakan,
Nabi pertama yg utuskan,
Nenek moyang yg diutuskan,
Dari tanah asal kejadian.

Terjawab sudah segala persoalan,
Jawapan pendek penuh pengertian,
Membenarkan apa yg diperkatakan,
Kekuasaan tuhan tiada bandingan.

Hari dijadikan telah dilaksanakan,
Tercipta sudah insan pilihan,
Tanah liat yg kering asal kejadian,
Ditiupkan roh dikurniakan perasaan.

Mata dibuka,badan digerakkan,
Alangkah indah mata memandang,
Pandangan pertama yg mengasyikkan,
Pohon-pohon rendang menjadi santapan,
Buahan-buahan masak ranum sangat melazatkan,
Sungai mengalir penuh ketenangan,
Bunga-bungaan harum kebang di taman,
Kenikmatan syurga yg tiada bandingan.


Rasa takbur dan angkuh Iblis sematkan,
Rasa kesobongan melebihi ketaatan,
Ingkar segala perintah Tuhan,
Merasakan diri hebat tiada tandingan.

Di syurga Adam ditempatkan,
Tempatnya nikmat tiada bandingan,
Terlaksana hajat serta keinginan,
Semua kehendak pasti ditunaikan.

Sudah menjadi lumrah alam,
Setiap yg hidup inginkan pasangan.

Malaikat Jibrail telah diutuskan,
Mencabut tulang rusuk Adam di sebelah kirinya,
Terciptalah wanita yg sempurna,
Peneman Nabi Adam buat selamanya.
Hawa...
Indahnya nama berwajah jelita,
Manusia kedua telah dicipta,
Pengubat sepi penglipur dara,
Pendamping setia suami tercinta.

HAWA itulah nama gelaran,
Diberikan Adam buat yg tersayang,
Pandangan pertama membuat Adam tergoda.
Jalinan cinta mula berbunga,maka berbahagialah mereka di syurga...
Sebagai pelengkap kehidupan,Adam dikahwinkan
dgn Hawa disaksikan Allah,para malaikat dan sekalian penghuni syurga.

Nikmat disyurga mmng dirasai,
Pelbagai hidangan lazat tidak terperi,
Cuma harus dijauhi,
Buah Khuldi itulah tegahi Ilahi
TETAPI..
Iblis durjana berasa iri hati,
Di atas nikmat yg Adam kecapi,
Adam dan Hawa harus digodai,
Agar tersungkur menyembah bumi.

Akhirnya...
Pujukan Iblis mengenai sasarannya,
Hawa terpedaya dgn hasutannya,
Dipujuknya Adam untk bersamanya,
Memakan buah Khuldi itulah permintaannya,
Apabila kedua-duanya memakan buah yg
menjadi satu-satunya larangan Allah itu...

Berdoalah keduanya ke hadrat Ilahi,
Tuhanku,aku tidak layak,
Masuk syurgamu,
Namun tak upaya menanggung azab neraka,
Oleh itu, ya Tuhan. Ampunkan dosaku,
Sesungguhnya Engkau maha pengampun,
Segala dosa-dosa besar,
Sesungguhnya Adam dan Hawa berasa lega,
Taubat mereka telah diterima,
Takdir Allah tidak dijangka,
Berkelanalah mereka ke alam dunia,
Cylon Adam ditempatkan,
Juddah pula Hawa diturunkan,
Bertahun berpisah,
Bersua akhirnya di Jabal Rahmah.

Air mata penyesalan mengalir berlinangan,
Larangan Allah telah dilakukan,
Mengenang kesalahan,
Pujukan Iblis telah membinasakan,
Seluruh kehidupan yg pernah dirasakan,
Semenjak itu,bermulalah episod baru dalam
kehidupan Adam dan Hawa :)