Thursday, February 24, 2011

Mungkir Janji..


Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c. Janji juga dilabelakan dengan beberapa frasa atau gelaran khusus seperti 'janji Melayu' dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan manusia kerap mungkir janji sekerap ia berbicara. Kenapa perkara ini sering berlaku wahai kawan-kawan?

Perjanjian sesama insan adalah ibarat hutang yang perlu ditunaikan dan tidak boleh dipandang ringan,kerana perbuatan memungkiri janji amat dimurkai oleh allah s.w.t.Orang yang berakhlak mulia ialah yang bersifat amanah dan sentiasa menepati janji-janjinya.Manakala pecah amanah dan tidak menepati janji pula adalah tanda merosotnya iman dan menyebabkan jauh diri daripada takwa.Firman Allah s.w.t seperti yang tersebut dalam surah al-baqarah sebahagian daripada ayat 177:

“Dan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji”.

No comments:

Post a Comment