Sunday, January 29, 2012

Carrot cheese cake

Assalamualaikum :)

Anakanda buat kek sempena hari jadi ayahnanda dan bonda :)
Meh nak kongsi resepi noh.

BAHAN KEK

1 1/4 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
4 biji telur
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang ( any nuts pun boleh)
1 1/2 carrot yang disagat
250 gm tepung (high protein flour)*
1 sudu kecil baking soda*
secubit serbuk kulit kayu manis*
1/4 sudu garam

BAHAN TOPPING

250 gm cream cheese
100 gm butter
100 gm gula icing
sedikit perahan lemon

THE STEPS

1. Pukul telur sehingga kembang,masukkan minyak,gula castor dan perang,sebatikan.

2. Masukkan walnut,kismis,carrot dan sebatikan.

3. Masukkan bahan bertanda * (yg telah diayak) ,garam ke adunan no.2
(gunakan spatula atau sudu plastik/kayu untuk kaup balik adunan)

4. Masukkan dlm loyang berukuran 9 inch yg telah disapukan mentega/dia alas kertas minyak.

5. Bakar selama 45 minit pada suhu 180c (depend on type of oven). Bila dah masak sejukkan diluar oven.

FOR TOPPING

1. Masukkan semua bahan dlm mixer. Pukul sehingga kelihatan putih.

2. Bila kek sudah sejuk,sapukan atas kek. Sejukkan dlm fridge. Siap di hidang :)





No comments:

Post a Comment