Thursday, June 16, 2011

Keangkuhan manusia.




Assalamualaikum :)
Manusia, sering kali dihinggapi rasa angkuh dalam dadanya. Merasa dirinya diatas langit, padahal kakinya masih menyentuh bumi. Padahal lemah, itu sifat asli manusia. Manusia tidak akan mampu hidup jika hanya sendiri. Betapa hebatnya manusia, pasti ada kekurangan dlm dirinya. Allah Maha Mengetahui, manusia memiliki potensi angkuh dihatinya. Maka, Allah menyuruh manusia untuk bersujud dlm menunaikan solat.
Dalam sejarahnya, Iblis merupakan makhluk yang menolak perintah Allah untuk sujud. Iblis merasakan bahawa ia lebih baik daripada Adam. Menurut Iblis, tanah lebih hina daripada api. Tanah memang merupakan tempat berpijak. Ia dipijak dengan kaki-kaki kita. Tapi tanah tak meleleh dibakar api. Sedangkan api, mati jika ditimbun tanah. Iblis angkuh, oleh itu ia diusir dari syurga.


The moral value of this post : Keangkuhan kau,kekayaan kau xakan dibawa masuk ke dlm liang lahat pun! Berubah lah menjadi insan yg berhati mulia :)

No comments:

Post a Comment