Monday, August 8, 2011

Adam dan Hawa..


Assalamualaikum :)


ADAM...
Manusia pertama Allah ciptakan,
Nabi pertama yg utuskan,
Nenek moyang yg diutuskan,
Dari tanah asal kejadian.

Terjawab sudah segala persoalan,
Jawapan pendek penuh pengertian,
Membenarkan apa yg diperkatakan,
Kekuasaan tuhan tiada bandingan.

Hari dijadikan telah dilaksanakan,
Tercipta sudah insan pilihan,
Tanah liat yg kering asal kejadian,
Ditiupkan roh dikurniakan perasaan.

Mata dibuka,badan digerakkan,
Alangkah indah mata memandang,
Pandangan pertama yg mengasyikkan,
Pohon-pohon rendang menjadi santapan,
Buahan-buahan masak ranum sangat melazatkan,
Sungai mengalir penuh ketenangan,
Bunga-bungaan harum kebang di taman,
Kenikmatan syurga yg tiada bandingan.


Rasa takbur dan angkuh Iblis sematkan,
Rasa kesobongan melebihi ketaatan,
Ingkar segala perintah Tuhan,
Merasakan diri hebat tiada tandingan.

Di syurga Adam ditempatkan,
Tempatnya nikmat tiada bandingan,
Terlaksana hajat serta keinginan,
Semua kehendak pasti ditunaikan.

Sudah menjadi lumrah alam,
Setiap yg hidup inginkan pasangan.

Malaikat Jibrail telah diutuskan,
Mencabut tulang rusuk Adam di sebelah kirinya,
Terciptalah wanita yg sempurna,
Peneman Nabi Adam buat selamanya.
Hawa...
Indahnya nama berwajah jelita,
Manusia kedua telah dicipta,
Pengubat sepi penglipur dara,
Pendamping setia suami tercinta.

HAWA itulah nama gelaran,
Diberikan Adam buat yg tersayang,
Pandangan pertama membuat Adam tergoda.
Jalinan cinta mula berbunga,maka berbahagialah mereka di syurga...
Sebagai pelengkap kehidupan,Adam dikahwinkan
dgn Hawa disaksikan Allah,para malaikat dan sekalian penghuni syurga.

Nikmat disyurga mmng dirasai,
Pelbagai hidangan lazat tidak terperi,
Cuma harus dijauhi,
Buah Khuldi itulah tegahi Ilahi
TETAPI..
Iblis durjana berasa iri hati,
Di atas nikmat yg Adam kecapi,
Adam dan Hawa harus digodai,
Agar tersungkur menyembah bumi.

Akhirnya...
Pujukan Iblis mengenai sasarannya,
Hawa terpedaya dgn hasutannya,
Dipujuknya Adam untk bersamanya,
Memakan buah Khuldi itulah permintaannya,
Apabila kedua-duanya memakan buah yg
menjadi satu-satunya larangan Allah itu...

Berdoalah keduanya ke hadrat Ilahi,
Tuhanku,aku tidak layak,
Masuk syurgamu,
Namun tak upaya menanggung azab neraka,
Oleh itu, ya Tuhan. Ampunkan dosaku,
Sesungguhnya Engkau maha pengampun,
Segala dosa-dosa besar,
Sesungguhnya Adam dan Hawa berasa lega,
Taubat mereka telah diterima,
Takdir Allah tidak dijangka,
Berkelanalah mereka ke alam dunia,
Cylon Adam ditempatkan,
Juddah pula Hawa diturunkan,
Bertahun berpisah,
Bersua akhirnya di Jabal Rahmah.

Air mata penyesalan mengalir berlinangan,
Larangan Allah telah dilakukan,
Mengenang kesalahan,
Pujukan Iblis telah membinasakan,
Seluruh kehidupan yg pernah dirasakan,
Semenjak itu,bermulalah episod baru dalam
kehidupan Adam dan Hawa :)

2 comments:

  1. sejarah kelahiran manusia dan perpindahan manusia dari syurga ke dunia...

    ReplyDelete
  2. bila di alam dunia pengalaman baru buat mereka,segala rintangan yg mereka lalui dgn semangat,keimanan dan ketaqwaan :)

    ReplyDelete