Assalamualaikum :)
Kali ni nak buat kuih tradisional plak. Tapi nak buat yg simple pnye. Hekhek.
Bahan-bahan :
* 2 cawan Tepung Pulut
* 10 helai Daun Pandan
* 2 cawan Kelapa Parut
* secubit Garam
* Gula Melaka ( dipotong kecil2 )
Cara - cara :
* Blend 10 helai Daun Pandan untuk dptkn Jusnye dgn sedikit air.
* Masukkan Jus Pandan sikit demi sedikit dlm Tepung Pulut sehingga sebati (test,kalo boleh buat bentuk bulat tu ok la )
* Bentukkan adunan tdi bentuk bulat dan leperkan,masukkan Gula Melaka dan bentukkan bentuk bulat.
* Masukkan Kuih Buah Melaka ke dlm Air yg tgh mendidih dlm periuk setelah bentukkannya setiap satu per satu.
* Tunggu Buah Melaka terapung (hehe),terus angkat Buah Melaka tu dan segera taburkan kelapa yg telah digaul dgn sedikit garam.
DAH SIAP :)
No comments:
Post a Comment